Trend zaman sekarang ramai yg mahukan sebuah pelamin untuk majlis pertunangan mereka untuk digunakan sbg pentas menyarung cincin & juga tempat bergambar. Kalau kita tgk old practice, selalunya perempuan hanya duduk di atas katil (di dlm bilik) or duduk bersimpuh di atas lantai shj semasa majlis pertunangan. Namun disebabkan peredaran zaman, majlis pertunangan kini menjadi satu majlis yg meriah dan suasananya seakan-akan majlis pernikahan.
Namun begitu, tidak semua mahukan pelamin yg exclusive di majlis pertunangan mereka. Ada yg mahukan pelamin simple sahaja, tidak 'over' & memadai hanya untuk sebuah majlis pertunangan.
Sekiranya anda juga mempunyai taste sedemikian, AK boleh menyediakan mini pelamin di rumah anda! Kelebihan mini pelamin bukan shj kerana ia nampak simple & tidak berlebihan, tetapi ia juga boleh dibuat di tempat atau ruang yg kecil & paling penting cost yg dikeluarkan tidak banyak! =)
Special untuk tatapan anda, mini pelamin hasil kreativiti AK yg dibuat di ruang tangga ;)
anugerahkreatif ~ anda buntu kami bantu